DASAR
PERANCANGAN
1.
DASAR PEMBANGUNAN PERUMAHAN KOS RENDAH
2. DASAR PENYEDIAAN KAWASAN LAPANG
3. DASAR PENYEDIAAN LAPORAN
DAN CADANGAN PEMAJUAN
1.
DASAR PEMBANGUNAN PERUMAHAN KOS RENDAH ke
atas
Kerajaan Negeri telah menetapkan setiap pembangunan perlu memperuntukan
unit-unit kediaman kos rendah daripada keseluruhan unit pembangunan sebagaimana
berikut :
Melebihi 5 ekar |
: 40 peratus |
Melebihi 3 ekar hingga 5 ekar |
: 20 peratus |
3 ekar dan kurang |
: Dikecualikan |
Dasar perumahan semasa juga memperuntukkan keperluan pembangunan perumahan
kos rendah mengikut komposisi dan kawalan harga tertentu yang berbeza
antara MBJB dengan PBT-PBT yang lain ( Jadual 1).
JADUAL
1 : KOMPOSISI PENYEDIAAN RUMAH KOS RENDAH |
BIL |
KATEGORI
KOS RENDAH
|
KAWALAN
HARGA (RM)
|
KOMPOSISI
(Peratus) |
MBJB |
PBT
LAIN |
1. |
Rumah Kos Rendah |
RM 25,000 |
50 % |
30 % |
2. |
Rumah Kos sederhana Rendah |
< RM 50,000 |
20 % |
30 % |
3. |
Rumah Kos Sederhana Rendah |
< RM 80,000 |
20 % |
30 % |
4. |
Kedai Kos Sederhana Rendah |
< RM 150,000 |
10 % |
10 % |
Sumber : Pejabat SUK Negeri
Johor (Cawangan Perumahan), 1998 dan Ucapan Belanjawan
Negeri Johor Tahun 1999
Selain daripada peruntukan berkenaan dengan dasar dan komposisi penyedian,
terdapat beberapa syarat lain dalam membangunkan rumah kos rendah iaitu
:
|
Pemaju boleh tidak mengadakan
rumah kos sederhana rendah (RM 80,000) dan komposisi ini boleh dimasukkan/ditambah
kepada komposisi rumah kos sederhana rendah (RM 50,000) atau rumah
kos rendah (RM 25,000) |
|
Pemaju tidak boleh mengabaikan syarat
komposisi pembinaan rumah kos sederhana rendah (RM 50,000) dengan
alasan untuk menambah kepada komposisi rumah sederhana rendah (RM
80,000). |
|
Syarat komposisi pembinaan rumah kos
rendah (RM 25,000) mestilah tidak kurang daripada 50% (kawasan MBJB)
dan 30% (PBT lain). |
|
Sekiranya pemaju tidak bercadang untuk
membina rumah kedai kos sederhana rendah (kurang RM 150,000), syarat
komposisi 10% tersebut boleh diagihkan samada kepada komposisi rumah
kos rendah (RM 25,000) atau rumah kos sederhana (RM 50,000 dan RM
80,000). |
|
Kepadatan bagi rumah kos rendah bertingkat
(pangsa) adalah 60 unit/ekar. |
|
Sebahagian ruang kosong aras bawah di
skim rumah pangsa boleh dimajukan sebagai kediaman untuk golongan
kurang upaya, untuk kemudahan-kemudahan tertentu dan untuk tujuan
keindahan. |
|
Ukuran minima lot teres 1 tingkat (20’
x 55’) / lot teres 2 tingkat (14’ x 55’). |
|
Saiz luas lantai minima
adalah 650 kp. (rumah kos rendah RM 25,000) / 750 kp (rumah kos sederhana
rendah RM 50,000) / 850 kp (rumah kos sederhana rendah RM 80,000). |
|
Pemaju dibenarkan mencantum 2 unit
rumah kos rendah untuk dijadikan satu unit rumah kos sederhana rendah
sebagai daya tarikan pembeli. |
2.
DASAR PENYEDIAAN KAWASAN LAPANG ke
atas
Setiap permohonan pembangunan (meliputi perumahan, perindustrian, pelancongan
dan pembangunan bercampur) perlu memperuntukan tidak kurang daripada 10
peratus daripada jumlah keluasan tapak untuk taman rekreasi awam. Dasar
ini memperincikan beberapa perkara berikut :
|
Pengecualian diberikan kepada
permohonan perumahan yang berkelulusan kurang daripada 2 ekar serta
bagi permohonan pembangunan ‘homestead’. |
|
Keluasan kawasan lapang mutlak mestilah
sekurang-kurangnya 7 peratus (daripada peruntukan 10 peratus). |
|
Bagi tujuan pengiraan kawasan lapang,
30 peratus daripada keluasan elemen kemudahan awam (sekolah, tadika,
masjid, balairaya dan sebagainya) boleh diambilkira sebaga keluasan
lapang (hanya diambilkira pada kadar 3 peratus sahaja). |
|
Sebanyak 50 peratus daripada jumlah
rizab kawasan lapang perlu dikelompokkan dalam satu tapak yang sesuai
dan selebihnya boleh diagih mengikut keperluan kejiranan di dalam
taman-taman perumahan. |
3. DASAR PENYEDIAAN
LAPORAN DAN CADANGAN PEMAJUAN. ke
atas
Akta 172 (Seksyen 21A) telah memperuntukkan bahawa sesuatu
permohonan untuk Kebenaran Merancang bagi menjalankan aktiviti
pemajuan hendaklah disertakan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP). Matlamat Utama penyediaannya adalah bagi membolehkan proses
perancangan melalui pendekatan yang komprehensif dengan mengambilkira
kepentingan antara aspek-aspek fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar.
Penyediaan LCP secara umumnya data membantu PBT dan agensi-agensi
dalam mempercepatkan masa memproses dan mempertimbangkan sesuatu
permohonan perancangan. Mengikut peruntukan Akta (Seksyen 21A(2)), sesuatu permohonan
kebenaran untuk menjalankan pemajuan boleh dikecualikan dari keseluruhan
atau sebahagian LCP. Pertimbangan pengecualian boleh diberi oleh Pihak
Berkuasa Negeri dan ditetapkan mengikut kelas, jenis atau kategori pemajuan.
Terdapat beberapa syarat dalam penyediaan LCP dan pemakaiannya di Negeri
Johor adalah sebagaimana berikut :
- Penguatkuasaan LCP telah mendapat pertimbangan dan persetujuan
daripada Mesyu-arat Jawatankuasa Perancangan Negeri Johor (Bil.
JPN 02/96 - Kertas Mesyuarat JPN 01/02/96) untuk dilaksanakan
di kawasan Pihak Berkuasa Te-mpatan Negeri Johor.
|
- LCP perlu disediakan dan dikemukakan bersama Permohohonan
Kebenaran Merancang kepada PBT.
|
- LCP perlu disediakan dan di-kemukakan bersama semasa mengemukakan
Permohonan Pecah Sempadan Tanah (Sek-syen 136 - Kanun Tanah Nega-ra),
Permohonan Pelan Susun atur Secara SBKS (Seksyen 204 - KTN) dan Permohonan Tukar Syarat Tanah (Seksyen 124
- KTN).
|
- Dari segi keluasan tapak permohonan yang perlu dikemukakan
LCP, peruntukan Seksyen 21A (Akta 172) tidak menyatakan saiz atau
keluasan tapak dan ini menjelaskan bahawa peruntukan ini tertakluk
kepada semua saiz tapak. Walaubagaimanapun, bagi pemakaian di
Negeri Johor, peruntukan ini telah disesuaikan dengan Kaedah Memohon
Kelulusan Perancangan yang di-bentang dan mendapat pertimbangan
Majlis Mesyuarat Kerajaan sebagaimana kertas mesyuarat J/PKT :160/B/92
pbertarikh 13 Disember 1992. Semua permohonan yang berkeluasan
2 hektar atau 5 hektar dan lebih (kecuali yang tertakluk kepada
pengecualian sebagaimana peruntukan seksyen 21A (2) perlu menyediakan
LCP.
|
- LCP hendaklah disediakan oleh pihak
yang berkelayakan sebagaimana yang diperuntukan dalam akta 172
(seksyen 58(2)(h) dan akta Perancangan Bandar,1995 (Akta 538)(seksyen
15). LCP wajar disediakan oleh jururancang bandar bertauliah.
|
- Laporan LCP boleh dibuat dalam saiz A4 atau A3 di mana bersesuaian
|
- Pemohon hendaklah mengemukakan 5 salinan LCP kepada pihak
PBT berkenaan untuk rujukan/semakan dan untuk diagihkan kepada
jabatan teknikal berkaitan khususnya JPBD
|
|